Sunday, October 3, 2010

Monday, September 20, 2010

Puteri Ummi - Bab 5


Hari ini Batrishya genap 3 bulan 10 hari. Semakin lasak... semakin chubby... semakin banyak ragam... Batrishya dah pandai ketawa bila diagah. Batrishya sudah boleh meniarap dan angkat kepala. Batrishya sudah pandai dengar melodi dari 'duck' yang Ummi beli. Batrishya suka tengok tv dan kartun Ice Age. Batrishya memang tak banyak ragam.

Tapi lately ni Batrishya asyik kembung perut. Bila Ummi atau Walid nak urut perut Batrishya, Batrishya nangis kuat-kuat... Sian Ummi tengok Batrishya. Nangis sampai keluar airmata lagi. Betul-betul sakit la tu... Bila Ummi kasi ubat, Batrishya keluarkan balik. Sure ubat tu tak sedap!

Semua orang cakap Batrishya masam je... Kalau Batrishya tengok orang, selalu dengan ekor mata. Jadi semua orang cakap Batrishya garang. Tapi orang tak tahu Batrishya suka gelak! Batrishya suka borak-borak dengan orang sebenarnya...

Tak kisahlah orang nak cakap apa pasal Batrishya, asalkan Batrishya sihat sepanjang masa. Harap2 malam ni Batrishya dapat tidur lena, xsakit perut dan minum susu macam biasa ya!


Tuesday, July 20, 2010

Kompilasi Gambar-gambar Batrishya

Batrishya pada hari kelahirannya - 10th June 2010

Ini pula waktu Batrishya berusia 3 hari. masih lagi ditahan di nursery sbb still on medication. Hari ni hari pertama Batrishya dibenarkan masuk ke bilik Ummi. Itu pun sekali sekala je...

Gambar ni waktu hari pertama Batrishya balik ke rumah.


Batrishya dah start lasak waktu tidur. Dah tak hiraukan bantal... Tidur pun dah mula bergolek kiri kanan.

  
Ini pulak gambar Batrishya pada pagi majlis cukur jambul kat kampung Walid. Lenanya Batrishya tidur... sampai semua tetamu yang datang suka tengok Batrishya tidur tak gerak-gerak sepanjang majlis berjalan smpi habis kena cukur jambul...

  
Batrishya posing maut bila Ummi snap guna HP. Ini petang lepas majlis cukur jambul Batrishya. Waktu ni tak cukur habis lagi satu kepala... so Ummi snap gambar Batrishya sebab nak buat perbandingan Batrishya sebelum dan selepas cukur kepala.

Batrishya dan kepala licinnya selepas dibotakkan pada 11th July 2010. Masih lagi comel walau pun sekali pandang macam lelaki la pulak...

  
Gambar terbaru Batrishya pada usia 37 hari. Tergelak riang bila Ummi agah Batrishya lepas dia bangun tidur. Rambut dah mula tumbuh kat kepala Batrishya. Cepat juga...

Saturday, July 17, 2010

Puteri Ummi - Bab 4


Pertama kali membelai bayi sendiri...
Pertama kali mendakap darah dagingku...
Satu perasaan indah menyelinap di kalbu..
Mungkinkah ini yang dinamakan perasaan seorang ibu?

Batrishya memang mudah dijaga. Alhamdulillah... dalam tempoh berpantang ini, serba serbi sempurna. Malam pertama tidur bersama Batrishya adalah kenangan indah buat aku dan suami. Tidur malamnya tidak tercela dek sinaran lampu atau bingit suara orang. Tenang...

Setiap kali aku merenung ke wajah Batrishya, segera pula aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan puteri ini kepadaku. Sehingga kini, acapkali aku memandang tinggi keajaiban ciptaan ALLAH SWT kerana menciptakan satu nyawa di dalam rahim satu nyawa yang lain. 

Inilah anak yang ku kandung selama ini. Inilah zuriat ikatan cinta antara aku dan suami. Anugerah yang tidak ternilai harganya. Anak yang seringkali kudodoikan sebelum tidur, yang ku pujuk agar tidak lasak di kala malam menjelma, yang ku alunkan doa-doa agar kesihatan dan kesempurnaan dikurniakan padanya.

Hari ini, genap 37 hari Nur Batrishya Zulaiqha bt Ariff melihat dunia. Hari ini, senyum dan tangisnya menjadi irama yang menghiasi hari-hari ku. Perit jerih mengandung dan menahan kesakitan akibat melahirkan akan segera hilang bila aku melihat wajahnya. Wajah yang sering ku cuba bayangkan sewaktu dia masih di dalam rahim ku. Wajah yang kadang kala membuatkan tidur malam ku sering tersentak kerana bimbang tidurnya tidak lena. Wajah yang sering membuatkan senyuman terukir di bibirku.

Selamat malam Batrishya... Tidur lena... Ummi sayang Batrishya...

Tuesday, July 6, 2010

Puteri Ummi - Bab 3

Keranamu Batrishya...

Aku sanggup duduk di Naluri sehari lagi semata-mata kerana tidak mahu meninggalkan Batrishya keseorangan di sana walhal aku sudah dibenarkan pulang pada hari yang telah ditetapkan. Suami seolah-olah mengerti kegusaran di hatiku lalu bersetuju untuk bermalam sehari lagi. Wang ringgit tidak menjadi ukuran di saat ini. Yang penting, aku tahu anak ku selamat dan aku senang hendak berurusan dengan jururawat yang menjaga Batrishya. Kesian suami ku... ketidakselesaan sesungguhnya tidak menjadi penghalang baginya untuk menurut kehendakku sedangkan penat lelah sepanjang menjagaku di bilik ditambah pula dengan kerja-kerja kenduri Farah di kampung masih terasa.

Baru kini aku mengerti perasaan seorang ibu. Perasaan yang menginginkan anaknya sentiasa selamat dan kegusaran yang melanda apabila ianya melibatkan kesihatan anaknya. Perasaan itu tidak akan dapat dibendung lebih-lebih lagi pada anak sulung. Begitu juga aku. Airmata akan segera menitis apabila mengenangkan Batrishya keseorangan di nurseri aku tidak dapat mendakapnya seperti ibu-ibu yang lain.

Sejak hari ketiga lagi Batrishya telah dibenarkan berada bersama aku untuk beberapa jam sehari. Waktu-waktu indah itu ku penuhi dengan mengulitinya dan berbicara dengannya. Kadang kala terdetik di hatiku, bagaimana agaknya tubuh mongel itu sewaktu berada di dalam rahimku. Mengenangkan itu, bibirku acapkali mengukir senyuman. Tidak menyangka nyawa yang ku kandung itu lahir sempurna dan seiiras wajahku (walau pun sebenarnya itulah doa ku saban waktu).

Batrishya dibenarkan pulang akhirnya. ALLAH SWT sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati ku apabila menerima panggilan telefon dari jururawat mengatakan doktor telah memberi lampu hijau untuk aku membawa permata hati ku itu pulang. Segera pula aku hubungi keluarga mengkhabarkan berita itu. Aku bergegas berkemas dan tidak sabar untuk mengambil Batrishya.

Tepat jam 4 petang, panggilan telefon dari nurseri ku terima. Batrishya telah siap dan menunggu aku. Alahai anak Ummi... akhirnya Ummi dapat menggendong Batrishya dan merasa malam pertama tidur bersamamu...

Puteri Ummi - Bab 2

Suara lantang dan teriakan Batrishya jelas kedengaran di bilik bayi bersebelahan dengan Labour Room. Aku tenang membiarkan doktor menjalankan tugasnya sementelah suami ku beredar ke bilik sebelah untuk meng-iqamat-kan si puteri.

Usai segala persiapan, aku disorong untuk dibawa ke bilik di tingkat 3. Di hdpn nursery, seorang jururawat menghulurkan puteri ku yang sedang lena beradu kepadaku. Ku kucup pipi gebu milik Batrishya tanpa jemu. Terasa kehangatan di kulit pipinya yang masih merah, mencambahkan lagi perasaan cinta dan kasih di dalam hatiku.

Malam itu aku kedinginan. Bukan kerana penghawa dingin di bilik tetapi kerana Batrishya tiada di sisiku. Aku mendail nursery dan meminta mereka membawa Batrishya ke bilik.

“Maaf puan. Anak puan kena duduk di nursery sebab kadar glukos dalam darah dia rendah sgt waktu lahir. Doktor arahkan untuk kasi antibiotic dan glucose drip untuk stabilkan dia dulu. Lagipun dia kna guna oksigen sebab pernafasan dia laju sgt.”

Mujur juga aku masih di pembaringan kala itu. Kalau tidak, harus juga aku tumbang ke lantai. Kolam mataku hangat. Ada manik-manik jernih yang bertakung dan kemudian luruh tanpa sempat diseka. Apalah dosa puteri ku itu sehinggakan pada hari pertama kelahirannya dia sudah terpaksa menempuh ujian sebegitu rupa.

Aku beristighfar dalam hati. Memohon kekuatan dari Ilahi. Doa ku panjat agar aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dariNYA itu. Kepada suami, acapkali ku pinta agar dia senantiasa menjenguk Batrishya di nursery. Setidak-tidaknya, ketiadaan aku di samping Batrishya dapat dipenuhi oleh suami.

Ketiadaan Batrishya di samping ku malam itu dan juga ketidaksenangan hati mengenangkan nasib Batrishya di nursery sendirian membuatkan aku tidak bisa tidur. Mana mungkin aku bisa melelapkan mata walau sepicing sedangkan puteri ku sedang dibaluti dengan wayar-wayar dan mesin untuk membantunya bernafas.

Tekanan darahku semakin meningkat sehingga jururawat memarahi ku dan memaksa ku untuk tidur. Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Sehingga apabila suamiku masuk ke bilik selepas kembali dari menjemput emakku dari rumah pun, aku tidak bisa tidur juga.

Malam itu… di kala semua orang sedang lena diulit mimpi yang indah-indah, aku merintih sendirian. Aku rindukan Batrishya…

Puteri Ummi - Bab 1

Dinihari umpama siang yg terang..bahangnya suam2 kuku; tidak panas & tidak sejuk..aku mencoret secebis nukilan ini buat si puteri yg sedang lena beradu..yg kdg kala mendengus lembut..& bgerak2 perlahan..

Anugerah Ilahi itu ku namakan Nur Batrishya Zulaiqha bt Ariff. Zuriat tanda cinta yg kusemai bsama suami tcinta..

Lahirnya Batrishya tanggal 10.06.2010 tepat jarum kiraan mcecah 5.27ptg, hari Khamis di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju.

Tempoh 9bln ku rasakan bjalan pantas. Dari musim alahan dan muntah2, sehingga btamunya episod tidur mlm yg tidak lena.. Segala pengalaman ptama mengandung msh lg blh ku garap satu psatu. Tepat pd hari yg dijanjikan, ku lalui dgn debaran yg memuncak lalu mlangkah menuju ke destinasi penghujung penantianku..

Bagaimana agknya wajah si comel yg sering menendang2 ruang rahimku itu? Besar manakah dia yg acapkali mbuatkn aku senak & tak keruan di kala melelapkn mata? Semua persoalan bsarang di kepala. Suami yg menemani tampak setia mlayan sakitku setiap kali contraction menerpa. Segalanya bmula di sini.. Perjalanan seorang insan kecil akn bmula sebaik shj dia ditarik keluar dr kamar tumpangan 9 bln 14 hr nya...

Bius dimasukkan ke tulang blkgku & dlm msa tdk smpi bbrp saat, separuh badanku lumpuh. Aku tdk merasakan apa2.. Ku cari wajah suami yg spttnya turut hadir bsamaku di dewan bedah. Senyuman terukir di bibir tatkala wajahnya mjelma. Aku kembali tenang..

Kata org, pbedahan sparuh sedar akn mbuatkn kita trauma ttpi tidak aku. Keterujaan menyambut permata hati mengatasi sgala2nya. Sebaik shj aku mdengar doktor mengatakan Assalammualaikum, sesusuk tubuh montel muncul diiringi tangis yg lantang. Tanpa sedar, airmata ku menitis.

Alhamdulillah.. Bayi yg montel bsuara lantang itu adalah anakku!! Anak yg ku kandung selama 38 minggu.. Rezeki dari ALLAH swt di sebalik segala kperitan yg ku lalui selama ini.. Hari itu, hidupku semakin lengkap dengan kehadiran Nur Batrishya Zulaiqha...